Home Nasional Duit raya RM500 kepada kakitangan kerajaan Negeri Sembilan

Duit raya RM500 kepada kakitangan kerajaan Negeri Sembilan

Mohamad Hassan

SEREMBAN – Kakitangan kerajaan negeri Negeri Sembilan bakal menerima bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM500.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, sejumlah 6,323 kakitangan kerajaan negeri termasuk yang berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan negeri akan menerima pembayaran tersebut pada 15 Jun ini.

Malah pembayaran khas itu turut meliputi kakitangan kontrak.

“Pembayaran khas ini akan dibayar bersama dengan gaji bulan Jun,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri di sini hari ini.

Menurut Mohamad, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.16 juta bagi tujuan tersebut.-MalaysiaGazette