Salleh, yang juga Bendahari UMNO, berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas spekulasi mengenai perubahan yang akan berlaku dalam pucuk pimpinan Media Prima berikutan pelantikan Ismee baru-baru ini sebagai ahli lembaga bebas syarikat itu, kumpulan media terbesar di Malaysia.
Ismee akan menggantikan Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor yang telah dilantik sebagai pengerusi pada 1 September 2015.
Media Prima adalah sebuah kumpulan pelaburan media bersepadu terkemuka yang mempunyai kepentingan ekuiti di stesen televisyen, akhbar, stesen radio, penciptaan kandungan dan media digital.
Stesen televisyen di mana syarikat itu mempunyai kepentingan termasuk TV3, 8TV, ntv7 dan TV9. Media Prima memiliki 98 peratus kepentingan ekuiti dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), yang menerbitkan New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro. – BERNAMA