Home Dunia Tiga terbunuh dalam kejadian tembak

Tiga terbunuh dalam kejadian tembak

SANDY, Amerika Syarikat – Tiga orang terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembak di selatan Salt Lake City pada Selasa.

Menurut polis, kejadian tersebut berlaku di luar sebuah rumah di kawasan sub-urban di Sandy.

Ini menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup sebuah sekolah rendah di kawasan tersebut, kata Canyons School District di laman Twitternya.

Dua mangsa tembak yang cedera itu adalah remaja.-MalaysiaGazette

+ posts