Home Ekonomi Harga minyak dunia naik semula

Harga minyak dunia naik semula

TOKYO – Niaga hadapan minyak mentah dunia meningkat pada awal perdagangan Asia pada hari ini selepas kerugian besar pada sesi sebelumnya ekoran kenaikan inventori Amerika Syarikat buat kali pertama dalam 10 minggu.

Kenaikan itu menimbulkan kebimbangan lebihan bekalan minyak.

Niaga hadapan minyak mentah adalah AS$0. 24 atau 0.5 peratus kepada AS$45.98 setong pada 0026 GMT. Pada hari Rabu, harga menyusut peratus atau AS$2.47 setong, dalam sesi sebelumnya kepada penutup paling rendah sejak 4 Mei.

Harga Brent naik 0.6 peratus kepada AS$48.35 setong, setelah jatuh 4 peratus pada sesi sebelumnya, juga paling rendah sejak 4 Mei.

Stok minyak mentah dan petrol Amerika Syarikat melonjak minggu lepas ketika operasi penapisan merosot dan eksport jatuh.

Inventori mentah meningkat sebanyak 3.3 juta tong pada minggu berakhir 2 Jun, berbanding dengan jangkaan penurunan 3.5 juta tong, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga.

Loji penapisan Amerika Syarikat masih menghasilkan minyak pada kadar yang sangat tinggi. – MalaysiaGazette