Stockholm- Ikea merancang untuk cuba menjual produk-produknya di laman web pihak ketiga sebagai salah satu langkah pengeluar perabot rumah terbesar dunia itu untuk mendapatkan lebih ramai pembeli atas talian.
Langkah ini bermakna para pembeli boleh membeli barangan Ikea menerusi Amazon atau Alibaba. Ikea sebelum ini hanya menjual produknya secara dalam talian menerusi laman webnya sendiri.
Ketua Eksekutif Kumpulan Inter Ikea, Torbjorn Loof dalam satu temubual berkata, percubaan pertama dirancang pada 2018.
“Kami menjual produk-produk menerusi laman web sendiri dan di situ kami melihat perubahan sengit landskap digital,” katanya.
Torbjorn bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai syarikat yang bakal menjadi platform penjualan secara dalam talian produk-produk Ikea.
“Kami masih belum menandatangani sebarang perjanjian atau kontrak.
“Kami mahu mencuba terlebih dahulu,” katanya. – MalaysiaGazette