Home Nasional 35 anak yatim terima tajaan PNS beli baju raya

35 anak yatim terima tajaan PNS beli baju raya

Pengerusi Perbadanan Nasional Bhd. (PNS), Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee mencuba baju kurung pada anak yatim semasa Program Jom Beli Baju Rasa Bersama PNS di Pasaraya AEON AU2, Keramat, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 09 JUN 2017.

KUALA LUMPUR – Seramai 35 anak yatim dipilih oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dalam program ‘Jom Beli Baju Raya Bersama PNS’ kali ini.

Dalam program kali ini, pihak PNS membawa sendiri ke semua anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah di Gombak itu untuk membeli-belah pakaian hari raya di Jusco AEON Keramat dan barang-barang persiapan lain.

Setiap seorang daripada mereka menerima sepasang baju Melayu, sampin dan songkok bagi yang lelaki sementara yang perempuan pula menerima sepasang baju kurung atau jubah dan tudung.

Semua anak yatim kelihatan gembira sepanjang membeli-belah yang turut ditemani oleh staf PNS dan Jusco.

Selepas selesai membeli-belah, Pengerusi PNS, Datuk Seri Syed Ali AlHabsee menyampaikan sumbangan berupa duit raya kepada semua anak yatim tersebut.

“Program yang dianjurkan setiap tahun dilihat sebagai tanggungjawab PNS untuk terus mendekati masyarakat dengan membantu meringankan beban pihak tertentu.

“Kami amat berbesar hati dapat meraikan adik-adik yang hadir pada hari ini,” kata Syed Ali semasa ditemui media.

Dalam pada itu, PNS juga mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Majlis Ar-Rahah, Bangsar South City. – MalaysiaGazette.