KUALA LUMPUR – Pelakon popular Lydiawati didenda RM4,000 atau 14 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini, hari ini kerana mencederakan seorang peniaga wanita warga Brunei pada Mac tahun lepas.
Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salina Zaimon yang terkenal dengan filem ‘Suami, Isteri dan …’ selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah bagi pertuduhan itu.
Dia membayar denda tersebut.- MalaysiaGazette