JAKARTA – Pelakon dan penyanyi dangdut Julia Perez atau Jupe meninggal dunia akibat barah serviks di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo di sini hari ini.
Jupe menghembuskan napas terakhir setelah menjalani rawatan intensif selama lima bulan.
Adiknya membuat pengumuman itu menerusi akaun Instagramnya hari ini.
Semalam sudah tular pasal Jupe meninggal, namun pagi ini dinafikan pengurusnya, Mario Markoneng.
Sebelum meninggal dunia, Jupe sempat menjalani pembedahan dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Pemakaman Umum Pondok Rangon petang tadi.- MalaysiaGazette