KINGSTON, Jamaica – Usain Bolt yang memulakan larian dalam keadaan sederhana memenangi acara 100 meter terakhir di negara kelahirannya dengan catatan masa 10.03 saat pada Perlumbaan Grand Prix kedua di Kingston.
Pemenang pingat emas beberapa Sukan Olimpik yang akan bersara selepas kejohanan dunia pada Ogos depan di London mengaku berasa gementar sebelum perlumbaan terakhir di tanah airnya.
“Larian ini hanya ok. Saya perlu berkata ia ok. Saya tidak rasa saya berasa sebegini gementtar ketika berlari 100 meter,” kata Bolt selepas berlari satu pusingan di stadium sebagai penghargaan kepada penonton yang memenuhi stadium termasuk Presiden Persekutuan Olahraga Persatuan Antarabangsa, Sebastian Coe dan ahli Perdana Menteri, Andrew Holness.
“Saya rasa ia mungkin salah satu perlumbaan terburuk saya. Perlaksanaannya teruk, seperti biasa permulaan saya tidak baik. Saya rasa pada akhirnya saya kalah sedikit.
“Bagaimanapun saya tidak menjangka sesuatu yang menakjubkan, perlumbaan pertama saya sejak Januari apabila saya berlari 150 meter dan relay di Australia, oleh it saya hanya mahu bebas daripada kecederaan dan menunjukkan kepada penonton saya bersyukur mereka menyokong saya sejak sekian lama.
“Sokongan mereka berikan kepada saya malam ini menyebabkan saya sangat-sangat gementar. Saya tidak menyangkanya, saya tahu ia adalah sesuatu yang besar, stadium penuh sesak dan saya berterima kasih kepada mereka kerana datang dan memberi sokongan kepada saya,” katanya.
Berlari di lorong kelima, Bolt menguasai perlumbaan itu pada pertengahan perlumbaan dan terus memecut, mencerikan 30,000 penonton.
“Adalah sesuatu yang besar untuk melihat semua orang datang, Ia menunjukkan apa yang telah saya lakukan untuk sukan ini adalah sesuatu yang penting kepada mereka dan mereka sangat sangat menghargainya,” kata pelari berusia 30 tahun itu.
“Teriama kasih dan saya berbesar hati kerana telah meletakkan sukan olahraga dan balapan ini di puncak dan terus menguasainya. Saya akan cuba yang terbaik selepas saya bersara untuk terus memajukannya seberapa boleh.
Pemegang rekod dunia dan pemenang lapan pingat emas Sukan Olimpik dan 13 pingat kejohanan dunia akan berlumba untuk kali terakhir pada Ogos ini di ibukota Britain yang mana beliau akan menyertai acara pecut yang lebih pendek walaupun mendapat ‘wildcard’ untuk acara 200 meter.
“Ia hanya 100 meter. saya tahu ramai yang mahu menyaksikan saya menyertainya (200 meter) tetapi 100 meter adalah acaranya kerana saya tahu mereka juga mahu menyaksikannya.
“Saya hanya ke sana untuk melakukan yang terbaik dengan meraih kemenangan, seperti biasa,” kata Bolt.