Home Dunia China Eastern Airlines berpatah balik enjin berlubang

China Eastern Airlines berpatah balik enjin berlubang

Kasing pesawat China Eastern Airlines berlubang memaksa ia berpatah balik ke Sydney. foto Agensi

SYDNEY – Sebuah pesawat China Eastern Airlines terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Sydney selepas kegagalan enjin yang disebabkan enjin berlubang.

Penerbangan MU736 dalam penerbangan dari Sydney, Australia ke Shanghai, tetapi juruterbang melaporkan masalah dengan enjin kira-kira sejam selepas berlepas.

Beberapa penumpang memberitahu media, mereka terbau benda terbakar dalam pesawat.

Pesawat Airbus A330 itu dilaporkan selamat mendarat dan tidak ada laporan kecederaan berlaku.

Imej yang tersebar di laman sosial menunjukkan satu lubang besar pada kasing enjin.

Salah seorang penumpang memberitahu: “Tiba-tiba kami diganggu oleh bau seakan terbakar. Ia sesuatu yang menakutkan”.

Pihak berkuasa penerbangan sedang menyiasat kejadian itu. – MalaysiaGazette