Ini kerana katanya Lim menjadi ketua menteri berdasarkan mandat yang diberi oleh rakyat.
“Jika ada pihak seperti parti Gerakan kemuka soalan, Ketua Menteri tiada hak minta kemuka deposit, suruh berhenti berpolitik atau letak pelbagai syarat sebelum jawab soalan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, di sini pada Ahad.
Beliau mengulas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini yang menetapkan tiga syarat kepada Gerakan negeri sebagai ‘pertukaran’ bagi mengemukakan minit mesyuarat Perbadanan Ketua Menteri (CMI) berhubung isu penjualan tanah Jalan Peel, dekat sini.
Syarat berkenaan ialah Gerakan Pulau Pinang perlu menyumbang RM1 juta bagi tujuan kebajikan, menarik balik kenyataan bahawa keputusan penjualan tanah di Jalan Peel dibuat secara ‘solo’ serta meminta parti itu menarik diri daripada arena politik.
— BERNAMA