Home Dunia Sebut bom, letupan, 3 lelaki ditahan

Sebut bom, letupan, 3 lelaki ditahan

BERLIN – Tiga penumpang lelaki ditahan di Cologne, Jerman selepas penerbangan easyJet dari Ljubljana, Slovenia ke London membuat pendaratan tidak berjadual, kata polis Cologne dalam satu kenyataan.

Pesawat itu mendarat di Cologne selepas para penumpang memaklumkan tiga lelaki itu bercakap tentang ‘keganasan’,  menurut kenyataan itu.

Kesemua lelaki tidak dikenal pasti.

Polis menjalankan pemeriksaan keselamatan pesawat dan menyoal para penumpang selepas semua 151 penumpang dipindahkan dengan selamat daripada pesawat Airbus 319 menggunakan pintu kecemasan, menurut lapangan terbang itu dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian itu, enam pesawat dialihkan ke lapangan terbang lain bagi memudahkan siasatan polis.

Polis berkata, trafik udara juga terjejas selama beberapa jam akibat kejadian itu.

Katanya, polis turut merampas sebuah beg galas yang dipunyai oleh salah seorang lelaki dan meletup di luar pesawat, kata polis.

Mereka tidak memberikan maklumat mengenai kandungan beg tersebut.

Akhbar Bild memetik sumber sebagai berkata, juruterbang memutuskan untuk mendarat di Cologne selepas para penumpang memberitahu kakitangan syarikat penerbangan berkenaan yang mereka terdengar tiga lelaki berkenaan menggunakan perkataan ‘bom’ dan ‘letupan’. – MalaysiaGazette