Home Ekonomi Singapura mengalukan penyertaan China dalam HSR

Singapura mengalukan penyertaan China dalam HSR

Pembatalan rancangan pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura oleh kerajaan Pakatan Harapan telah mencetuskan perdebatan hangat.
Gambar hiasan.

SINGAPURA – Syarikat-syarikat China dialu-alukan untuk membida projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura, menurut Menteri Perhubungan Luar Negeri, Dr. Vivian Balakrishnan.

Dalam temu bual yang disiarkan China Daily, Dr Balakrishnan yang berada di China untuk lawatan rasmi berkata, Singapura mengiktiraf pengalaman dan kepakaran China dalam projek tersebut.

Tawaran bersama untuk sistem kereta api itu dijangka dibuka pada suku keempat tahun ini dan tender dikeluarkan pada akhir 2018.

Jepun dan China adalah antara yang telah menunjukkan minat untuk membida projek itu.

Dalam wawancara itu, Dr Balakrishnan berkata, Singapura adalah ‘penyokong kuat dan terawal’ bagi “Belt and Road Initiative China” – pelan multitrillion dolar untuk menghubungkan Asia ke Eropah melalui rangkaian infrastruktur secara besar-besaran.

China dan Singapura boleh bekerja bersama-sama untuk menambah nilai kepada inisiatif, bersama seperti menyediakan latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan dari negara-negara “Belt dan Road” dan menggalakkan pemikir untuk menjalankan penyelidikan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan inisiatif itu, laporan itu memetik beliau sebagai berkata.

“Singapura akan terus menyokong syarikat-syarikat China untuk meneroka luar negara,” kata Dr. Balakrishnan.

Singapura dan China merupakan rakan lama yang rapat dan kedua-dua negara mempunyai kepentingan negara mereka sendiri, tidak ada perbezaan pendapat strategik asas, tambah beliau.

“Kami memerlukan keamanan dan kestabilan serantau. Kami sama-sama bergantung kepada perdagangan bebas dan terbuka,” katanya kepada China Daily.

Beliau juga berkata Singapura akan terus meningkatkan hubungan ASEAN-China pada baki tahun Penyeleras ASEAN-China. – MalaysiaGazette