Home Dunia AS gantung operasi jet pejuang F-35

AS gantung operasi jet pejuang F-35

Pesawat pejuang F-35

WASHINGTON – Tentera Udara Amerika Syarikat menggantung operasi jetĀ pejuang F-35 berikutan kebimbangan bekalan oksigen juruterbang, menurut seorang jurucakap.

Operasi udara F-35 telah dihentikan sementara di pangkalan udara Arizona selepas juruterbang mengalami gejala menyerupai hipoksia atau kekurangan oksigen, kata Kapten Mark Graff.

Lockheed Martin, yang mengeluarkan jet itu berkata, ia masih merancang untuk menyertai pameran udara di Paris bulan ini.

Jet pejuang F-35 di pangkalan lain masih digunakan.

Pangkalan Tentera Udara Luke yang terletak di barat laut Phoenix, membatalkan operasi penerbangan F-35A Lightning II pada hari Jumaat selepas lima kejadian dilaporkan yang mana juruterbang mengalami gejala hipoksia.

Kejadian itu masih disiasat oleh juruterbang-juruterbang, kakitangan penyelenggaraan dan profesional perubatan, menurut Mejer Rebecca Heyse.

Masalah yang dihadapi oleh juruterbang-juterbang berlaku antara 2 Mei dan Khamis lalu tetapi dalam setiap kes sistem oksigen sandaran jet dapat digunakan dan pesawat mendarat dengan selamat.

Pangkalan Tentera Udara Luke mempunyai 55 jet F-35A Lightning II dan menjalankan 25 penerbangan latihan setiap hari minggu, menurut pegawai pangkalan.

Terdapat lebih daripada 220 jet F-35 yang digunakan di seluruh dunia. – MalaysiaGazette