OSLO – Norway mencadangkan pengharaman pemakaian tudung yang menutup muka penuh kerana menghalang komunikasi antara murid dan guru.
Larangan pertama di Scandinavia itu mensasarkan niqab serta burqa, balaclavas dan topeng, akan dikuatkuasakan di taska, sekolah dan universiti.
Walau bagaimanapun tudung dan topi boleh terus dipakai.
Kebanyakan pihak menyokong rang undang-undang, yang dijangka diluluskan pada tahun depan.
Pemakaian tudung seperti itu menghalang komunikasi yang lancar – aspek penting untuk pelajar menerima pendidikan yang baik,” kata Menteri Pendidikan dan Penyelidikan, Torbjorn Roe Isaksen dalam satu kenyataan.
Menteri Interim Imigresen dan Integrasi Per Sandberg berkata, berkomunikasi antara satu sama lain adalah “nilai asas”.
Pihak berkuasa tempatan di Norway sudah boleh mengharamkan tudung muka penuh di sekolah meskipun dasar negara belum ada. – MalaysiaGazette