Home Nasional PGA Briged Sabah beku cuti semua anggota

PGA Briged Sabah beku cuti semua anggota

Zanuddian Samsu Hadi

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah membekukan permohonan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri kepada semua anggotanya.

Komandernya, Senior Asisten Komisioner Zanuddian Samsu Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keadaan semasa selain mahu memastikan keselamatan di negeri itu terjamin.

Menurutnya, kekuatan anggota daripada lima batalion sedia ada di Sabah dengan dibantu beberapa batalion dari Briged Semenanjung cukup untuk mencerminkan kesiapsiagaan PGA dalam berdepan musuh.

“Untuk tahun ini, semua anggota PGA akan ada di pos kawalan masing-masing, bekerja pada perayaan Hari Raya Aidilfitri,” katanya lapor sebuah laman portal.

Zanuddian ditemui pemberita pada majlis pemakaian pangkat pegawai dan anggota PGA di Dewan Serbaguna di Papar, Sabah.

Seramai empat pegawai dan 29 anggota dinaikkan pangkat daripada Inspektor ke Asisten Superintenden (ASP) serta Konstabel, Lans Koperal dan Koperal ke Sarjan. – MalaysiaGazette