SINGAPURA – Adik lelaki dan adik perempuan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyatakan mereka telah hilang kekeyakinan terhadap pemimpin negara itu dan khuatir ‘penggunaan organ negara tersebut digunakan ke atas mereka’.
“Kami khuatir sistem yang mempunyai sedikit ‘semak dan imbang’ dapat menghalang salah guna kerajaan. Kami rasa kehadiran abang kami, ” kata Lee Wei Ling and Lee Hsien Yang dalam kenyataan media pada pukul 2 pagi ini di Singapura.
Berikutan itu Lee Hsien Yang dan isterinya, Suet Fern akan meninggalkan Singapura. “Saya tidak berhasrat untuk meninggalkan (Singapura). Hsien Loong adalah hanya punca pemergian saya ini,” tambah beliau.
Lee Hsien Yang memberitahu Reuters bahawa beliau masih berada di Singapura pada awal pagi Rabu namun berkata dia merancang untuk meninggalkan negara itu ‘pada masa akan datang’.
Beliau adalah seorang ahli perniagaan dan kini ialah Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura.
Kedua-dua adik beradik itu tidak menyediakan bukti terhadap tindakan kerajaan Singapura terhadap mereka. Reuters tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri menafikan dakwaan adik beradiknya dan berkata, beliau sangat kecewa mereka memilih untuk membesar-besarkan hal berkaitan keluarga.
Pada kemuncak pertelagahan keluarga ialah mengenai masa depan rumah ayah mereka, Lee Kuan Yew yang banyak menghabiskan masa semasa hayatnya di kediaman tersebut.
Beliau adalah Perdana Menteri Singapura yang pertama dan memerintah negara itu selama tiga dekad.
Lee meninggal dunia pada 2015 dan adiknya mahukan rumah itu diruntuhkan dan tidak dijadikan monumen. Mereka mendakwa Perdana Menteri dan isterinya, Ho Ching menentang hasrat mereka.
Adik (Perdana Menteri) menuduh Perdana Menteri mahu ‘mengeksploitasi legasi Lee Kuan Yew untuk tujuan politik mereka’.
Kedua-duanya berkata bahawa mereka percaya Perdana Menteri dan isteri, Ho Ching ‘melindungi cita-cita politik anak mereka, Li Hongyi’.
Ia merupaka kali kedua dalam tempoh 15 bulan isu tersebut meletus dalam khalayak ramai. Pada April 2016, Lee Wei Ling mendakwa Perdana Menteri menyalahguna kuasa.
Pada kali ini ia penglibatan kedua-dua adik beradik itu dan keputusan Lee Hsien Yang untuk meninggalkan republik tersebut membawa ke tahap yang lebih tinggi.
Dalam kenyataannya, Perdana Menteri berkata, beliau dan isteri menafikan dakwaan bahawa pasangan itu mempunyai citi-cita untuk anak mereka dengan berkata ia adalah ‘mengarut’.
Perdana Menteri berkata, beliau akan terus mengekalkan meritokrasi sebagai asas nilai masyarakat Singapura.
“Ketika adik beradik saya mempunyai pandangan yang berbeza, saya percaya sebarang perbezaan sepatutnya berlegar di dalam keluarga,” kata Lee yang kini sedang bercuti dengan keluarganya di luar negara.
“Sejak ayah saya meninggal dunia ada Mac 2015, sebagai anak lelaki paling tua saya cuba yang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu kami dalam (kalangan ahli) keluarga kerana menghormati ibu bapa kami… kenyataan adik beradik saya telah mengguris legasi bapa kami. Saya akan sedaya upaya melakukan perkara yang betul bagi ibubapa saya,” katanya.
Perdana Menteri berkata, beliau akan mengkaji perkara itu dengan lebih lanjut apabila pulang ke Singapura pada hujung minggu ini – Reuters