Home Dunia AS kenakan sekatan ke atas firma sekutu Korea Utara

AS kenakan sekatan ke atas firma sekutu Korea Utara

Rex Tillerson

WASHINGTON – Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan sekatan ke atas negara-negara yang menjalankan perniagaan secara haram dengan Korea Utara.

Amaran itu dikeluarkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson yang memaklumkan White House akan mengenakan sekatan sekunder tidak lama lagi.

Pentadbiran Trump telah berusaha untuk meningkatkan tekanan ke atas Korea Utara ke atas aktiviti nuklear dan peluru berpandu.

Siri ujian peluru berpandu Pyongyang baru-baru ini telah mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

Korea Utara dipercayai sedang membangunkan peluru berpandu balistik yang berupaya sampai ke Amerika Syarikat.

Beliau berkata: “Kami berada dalam peringkat yang mana kita sedang bergerak dalam usaha seterusnya. Pada hakikatnya, kita mula mengambil sekatan menengah kerana negara-negara yang kite telah beri maklumat tidak mempunyai, atau tidak sanggup, atau tidak mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian? ”

Washington tidak mempunyai hubungan perdagangan dengan Korea Utara.

Amerika Syarikat juga telah mempertimbangkan mengenakan sekatan ke atas syarikat-syarikat dari negara-negara ketiga yang berurusan dengan rejim Kim Jong-un.

Walau bagaimanapun, Tillerson tidak menamakan negara-negara berkenaan.

Ditanya sama ada China telah memenuhi janjinya untuk memberikan tekanan kepada Korea Utara, Tillerson berkata: “Mereka telah mengambil langkah-langkah, langkah-langkah yang boleh dilihat yang kita boleh mengesahkan”. – MalaysiaGazette