KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan lagi pemegang saham besar di dalam DRB-Hicom Bhd.
Menurut kenyataan DRB-Hicom kepada Bursa Malaysia, KWSP hanya mempunyai kurang lima peratus pegangan di dalam konglomerat tersebut.
Semalam, KWSP melepaskan satu blok pegangan saham sebanyak 800,000 unit saham biasa DRB- Hicom.
Sebelum ini, KWSP memiliki 96.7 juta saham atau lima peratus pegangan di dalam DRB-Hicom. – MalaysiaGazette