Home Dunia PBB kaji sekatan ke atas penerbangan Qatar

PBB kaji sekatan ke atas penerbangan Qatar

MONTREAL – Agensi penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang mengkaji permintaan Qatar untuk campur tangan selepas beberapa negara Teluk menutup ruang udara kepada syarikat penerbangan Doha.

Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkutan dengan Qatar seminggu yang lalu kerana menuduh negara itumenyokong keganasan dan mendapat terlalu rapat dengan Iran.

Semua dakwaan itu dinafikan Doha.

Pertubuhan Penerbangan Awam, sebuah agensi PBB yang mengawal perjalanan udara antarabangsa di bawah Konvensyen Chicago berkata, ia akan meganjurkan pertemuan dengan menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan dari Qatar, UAE, Arab Saudi, Bahrain dan Mesir di ibu pejabat Montreal pada hari Khamis ini untuk mendapatkan ‘penyelesaian konsensus’.

“ICAO sedang mengkaji semula permintaan daripada kerajaan Qatar untuk menyemak sekatan penerbangan yang dikenakan ke atasnya oleh negara-negara jiran,” menurut kenyataan ICAO.

Sebahagian besar daripada pegawai-pegawai yang menghadiri mesyuarat itu dijangka terdiri daripada menteri pengangkutan, menurut wakil ICAO.

ICAO, yang diwujudkan selepas Amerika Syarikat menjemput lebih daripada 50 sekutu untuk bersetuju dengan sistem navigasi udara biasa pada tahun 1944, tidak mempunyai kuasa polisi dan terpaksa bergantung kepada konsensus untuk menguatkuasakan kehendaknya.

Keputusan ICAO untuk campur tangan dalam ruang udara pertikaian Teluk tindakan yang jarang dilakukan untuk menyelesaikan pertikaian antara negara.

“Kami sedang berusaha membawa negera-negera ini bersama-sama ke arah penyelesaian yang memenuhi kedua-dua – kebimbangan serantau semasa dan keperluan dan jangkaan penumpang dan perkapalan global,” kata ICAO.

Emiriah Arab Bersatu dan Qatar telah lama menjadi penyokong dasar langit terbuka – perjanjian pengangkutan udara yang menghapuskan sekatan ke atas penerbangan antara negera.

Dasar-dasar ini telah membantu syarikat penerbangan terbesar di rantau ini, Emirates, Etihad Airways dan Qatar Airways, untuk membangunkan lapangan terbang mereka sebagai hab menghubungkan penumpang antara timur dan barat. – MalaysiaGazette