
KUALA LUMPUR – Pengguna-pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
(AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus
sempena Hari Raya Aidilfitri.
Pemberian diskaun ini melibatkan semua jenis kenderaan iaitu Kelas 1 hingga 5 bermula
dari jam 6 pagi hari Ahad, 25 Jun 2017 dan berakhir jam 6 pagi hari Isnin, 26 Jun 2017, kata Prolintas. – MalaysiaGazette