Home Nasional Radar TUDM rakam penuh nahas Hawk 108 – Panglima TUDM

Radar TUDM rakam penuh nahas Hawk 108 – Panglima TUDM

Jeneral Datuk Seri Affendi Buang

KEMAMAN – Radar pengesan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk 108 sehingga ke saat akhir ia terhempas, kata Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Beliau berkata radar pengesan itu digunakan pada hari penerbangan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.

“Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan dengan apa yang sebenarnya berlaku.

“Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya,” katanya pada sidang berita ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah di sini, hari ini.

Affendi berkata selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM membuat lakaran kasar untuk menentukan kemungkinan keadaan sebenar pesawat itu terhempas di kawasan berkenaan.

— BERNAMA