Home Nasional Jamal dakwa ada memiliki rantai yang dimaksudkan DoJ

Jamal dakwa ada memiliki rantai yang dimaksudkan DoJ

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menunjukkan rantai pada sidang media mengenai isu laporan DOJ di Pejabat Gabungan Ngo Gerakan Merah Ampang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 21 JUN 2017

AMPANG – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini tampil dengan gimik terbaharunya dengan membawa barangan kemas seperti didakwa oleh Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu berkaitan dengan 1MDB.

Pada sidang medianya di sini, Jamal membawa beberapa barang kemas berupa seutas rantai, cincin dan dua utas gelang tangan.

 “Hari ini juga saya membawakan kalung yang digambarkan oleh DoJ. Walaupun yang sebenarnya inilah kalungnya, bukan di Facebook. Inilah kalung yang berjuta-juta harganya itu.
“Ia berharga RM120 juta, dan inilah cincin berlian. Jadi, bagaimana kita nak percaya tuduhan sedemikian, kalung berharga ratusan juta. Jadi, apa yang disebut DoJ itu saya telah dapatkan melalui beberapa sumber saya, inilah dia,” katanya.
Jamal dalam masa sama turut mengumumkan untuk menjual kesemua barang kemas tersebut di lelongan awam dalam waktu terdekat.
Ditanya tentang kesediaannya jika disoal siasat DoJ, Jamal berkata, itu merupakan peluang untuk dia pergi ke AS. – MalaysiaGazette