Home Ekonomi Sentimen harga minyak kekal negatif

Sentimen harga minyak kekal negatif

Gambar hiasan

NEW YORK – Pasaran saham dunia meningkat lebih tinggi pada hari Khamis, disokong oleh pemulihan yang sederhana dalam harga minyak selepas komoditi mencecah paras terendah dalam tempoh 10 bulan.

Brent naik dari paras terendah November pada sesi sebelumnya, apabila minyak mentah Amerika Syrikat mencecah paras terendah antara hari sejak Ogos 2016.

Bagaimanapun, sentimen kekal negatif memandangkan bekalan minyak naik secara berterusan meskipun OPEC telah mengurangkan bekalan.

Harga minyak Amerika Syarikat naik 0.5 peratus kepada AS$42.47 setong dan Brent meningkat 0.9 peratus kepada AS$45.22.

“Saya tidak akan terkejut sekiranya ia merosot, memandangkan momentum masih berada ke arah itu serta masalah bekalan yang tidak semestinya berubah semalaman.

“Harga boleh menjadi lebih rendah dan tidak akan terkejut jika ia memecahkan AS$40 tetapi untuk jatuh pada paras sebelum ini perlu memberi tekanan yang lebih kuat berbanding hanya bekalan,” kata Andres Garcia-Amaya, Ketua Pegawai Eksekutif Zoe Financial di New York.