Home Dunia Hampir 2,000 dipindahkan hutan rizab terbakar

Hampir 2,000 dipindahkan hutan rizab terbakar

MADRID – Seramai 1,800 orang bomba terlibat dalam memadamkan kebakaran di kawasan hutan rizab semula jadi di selatan Sepanyol.

Setakat ini tiada kemalangan dilaporkan.

Kebakaran itu bermula pada hari Sabtu dan merebak di Taman Semula Jadi Donana di Moguer di wilayah selatan Andalusia, wakil ketua badan perlindungan alam sekitar wilayah Jose Fiscal, memberitahu televisyen Sepanyol.

Perkhidmatan kecemasan berkata, pihak berkuasa tempatan menghantar sejumlah 550 orang dan 23 helikopter untuk memadam kebakaran.

Kebakaran itu berlaku selepas seminggu kejadian sama di Portugal yang mengorbankan 60 orang.

Operasi memadam kebakaran agak sukar disebabkan angin kuat dan cuaca panas.

Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan tidak dapat mengulas sejauh mana kebakaran itu berlaku kerana api belum dapat dikawal.

Punca kejadian masih belum diketahui tetapi presiden wilayah, Susana Diaz yang bergegas ke kawasan kebakaran tidak menolak faktor kemanusian turut menjadi punca.

Jalan raya dan resort peranginan Matalascanas turut ditutup.

Sumber rizab itu popular disebabkan kepelbagaian bio, mendapat perlindungan UNESCO, lokasi bagi ekosistem dan haiwan luar termasuk spesis terancam. – MalaysiaGazette