LONDON – Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen berkata, tidak akan ada krisis kewangan lain sekurang-kurangnya selagi beliau masih hidup.
Lantaran itu, beliau berterima kasih kepada pembaharuan sistem perbankan sejak krisis kewangan pada tahun 2007-09.
“Bolehkah saya katakan tidak akan ada lagi krisis kewangan?” Yellen berkata pada acara soal jawab di London.
“Mungkin itu akan berlaku terlalu jauh tetapi saya fikir kita lebih selamat dan saya harap ia tidak akan berlaku dan saya tidak percaya ia akan berlaku,” katanya.
Presiden Donald Trump berkata semasa kempennya yang beliau akan mengurangkan peraturan perbankan.
Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat pada awal bulan ini mencadangkan untuk mengurangkan peraturan yang dikenakan oleh bank-bank besar dalam operasi dagangan mereka.
Yellen enggan mengulas hubungannya dengan Trump tetapi berkata beliau berkerjasama baik dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steve Mnuchin.
Beliau turut mengulangi bahawa Bank Pusat Amerika Syarikat akan terus menaikkan kadar faedah tetapi secara berperingkat-peringkat.
“Kami fikir ia sesuai untuk mencapai matlamat menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur ke tahap yang berkemungkinan kekal rendah, walaupun terdapat ketidakpastian tentang perkara ini, untuk tetap rendah dengan standard sejarah jangka masa panjang,” katanya. .
Beliau berkata, simpanan bon-bon Rizab Persekutuan yang dikumpul untuk membantu ekonomi Amerika Syarikat menerusi krisis itu akan menyusut secara beransur-ansur dan mengikut jangkaan.
Ditanya mengenai penilaian harga saham, Yellen berkata, “melalui standard metrik, beberapa penilaian aset kelihatan tinggi tetapi tidak ada kepastian tentang itu.” – MalaysiaGazette