Home Ekonomi Zakaria sudah kemuka surat tunjuk sebab

Zakaria sudah kemuka surat tunjuk sebab

Zakaria Arshad

KUALA LUMPUR – Datuk Zakaria Arshad telah menghantar surat tunjuk berhubung berhubung hutang tertunggak Safitex Trading LLC dengan Delima Oil Products Sdn Bhd kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad pagi tadi.

Surat itu dihantar oleh saudaranya, Maulud Arshad kepada Setiausaha Syarikat FGV, Koo Shuang Yen pada pukul 11.30 pagi.

Pada 13 Jun lalu, Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah mengeluarkan dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO), Ahmad Tifli Mohd Talha.

Kedua-dua mereka diberi tempoh tujuh hari untuk mengemukakan jawapan bertulis membabitkan dakwaan yang disenaraikan dalam surat tunjuk sebab berkenaan.

Bagaimanapun, Zakaria memohon lanjutan seminggu lagi.

Zakaria dan Ahmad Tifli masih bercuti sehingga mendapat notis selanjutnya daripada Lembaga Pengarah FGV.

Peneraju FGV itu diarah bersama tiga lagi pegawai kanannya untuk bercuti bagi membolehkan siasatan audit dalaman melibatkan tunggakan bayaran Safitex kepada Delima Oil Products yang juga anak syarikat FGV.

Selain Zakaria dan Ahmad Tifli, dua lagi eksekutif yang turut diarah bercuti adalah Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar. – MalaysiaGazette