TOKYO – Lebih daripada 100 kilogram jongkong emas ditahan daripada warga Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, dekat Osaka pada April lalu.
Emas itu didakwa dibawa dari Malaysia.
Jongkong emas itu dianggar bernilai 500 juta yen (AS$4.46 juta) dalam pasaran domestik selepas pemeriksaan dijalankan mendapati ia disembunyikan di dalam beg pakaian 10 orang warga Malaysia yang tiba di lapangan terbang tersebut.
Tiada siapa dalam kalangan mereka yang mengisytiharkan membawa jongkong emas itu dan kastam sedang menyiasat perkara itu kerana kesemua mereka disyaki melanggar undang-undang cukai kastam dan penggunaan.
Penyeludupan emas telah meningkat sejak cukai penggunaan Jepun dinaikkan daripada 5 peratus kepada 8 peratus pada April 2014.
Banyak kes penyeludupan emas yang dilaporkan sejak itu melibatkan penumpang yang tiba dari lapangan terbang di Hong Kong dan Korea
Sumber yang menyiasat berkata, penyeludupan mungkin meneroka laluan baru termasuk dari Malaysia.
Dalam kes penyeludupan baru-baru ini, lima wanita yang tinggal di Prefektur Aichi, termasuk empat dengan pasport Korea Selatan, ditahan pada awal Jun di Lapangan Terbang Chubu berhampiran Nagoya dengan penyeludupan 30 kilogram jongkong bar emas.
Seorang yang dipetik memaklumkan kepada pihak polis bahawa wanita terlibat dalam penyeludupan emas beberapa kali dan membayar 10,000 yen setiap 1 kilogram emas yang dibawa ke Jepun, mengatakan dia terlibat “dalam kerja sambilan.” – MalaysiaGazette