KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia memulakan hari pertama minggu ini dengan dibuka rendah, tetapi meningkat kembali beberapa minit selepas pembukaan disokong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi dan terpilih.
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,764.98, naik 1.31 mata daripada penutup Jumaat lalu pada 1,763.67.
Indeks penanda aras Bursa Malaysia itu dibuka 1.94 mata pada 1,761.73. – MalaysiaGazette