LAS VEGAS – Nevada menjadi negeri kelima di Amerika Syarikat yang membenarkan penjualan ganja secara terbuka bagi tujuan rekreasi pada Sabtu lalu.
Walau bagaimanapun, penjualan bahan tersebut diperketatkan kepada yang berumur 21 tahun ke atas untuk kegunaan di rumah dengan syarat memiliki kad khas bagi tujuan pengambilannya.
Tengah malam mengjelang Sabtu lepas, ratusan orang beratur di Essence Cannabis Dispensary, di Las Vegas Strip sambil bersorak ketika pintu pusat jualan dibuka sebagai tanda meraikan langkah menghalalkan ganja oleh kerajaan.
Label ‘halal’ ini merupakan langkah yang diambil selepas Colorado, Oregon, Washington dan Alaska yang terlebih dahulu memberi fokus kepada penggunaan ganja dalam bidang perubatan. – MalaysiaGazette