PYONGYANG – Korea Utara mendakwa ia telah berjaya melakukan ujian peluru berpandu antara benua (ICBM) jarak jauh.
Ia merupakan kali pertama Korea Utara mendakwa telah berjaya melancarkan ICBM, yang berpotensi sampai ke Amerika Syarikat.
Dalam pengumuman menerusi stesen televisyen, Korea Utara berkata, negara itu melancarkan peluru berpandu Hwasong-14.
Sebelum ini, Amerika Syarikat berkata, Korea Utara telah melepaskan peluru berpandu ke arah Jepun.
Korea Selatan berkata, senjata itu dilancar pada pukul 9.40 pagi waktu tempatan dan terbang sejauh 930 kilometer.
Korea Utara telah melancarkan beberapa siri ujian peluru berpandu menyebabkan ketegangan antarabangsa meningkat. – MalaysiaGazette