ENGLAND – Bintang penyerang tengah Monaco CF, Tiemoue Bakayoko memberi indikasi jelas bahawa penghijrahannya ke Liga Perdana Inggeris sudah selesai.
Pemain antarabangsa Perancis itu menjelaskan, segala urusan penyertaannya ke kelab Juara EPL musim lalu Chelsea sudah dimuktamadkan.
Bakayoko mendakwa dia telah menjalani ujian perubatan di Stamford Bridge dan hanya perlu menyelesaikan beberapa perkara dalam klausa perjanjian sebelum menandatangani kontrak.
Bakayoko memberi bayangan dia akan mempersetujui kontrak bernilai £35 juta dengan The Blues menjelang musim hadapan.
Bakayoko, 22, berkongsi teks dalam twitter yang mengatakan pemain itu bakal menyertai Chelsea dalam beberapa hari lagi.
Seorang peminat Monaco menyatakan kekecewaan Bakayoko bakal menyertai kelab EPL kali ini. – MalaysiaGazette