Home Ekonomi Ekonomi Malaysia bakal cecah 5 peratus tahun ini – SERC

Ekonomi Malaysia bakal cecah 5 peratus tahun ini – SERC

KUALA LUMPUR – Pusat Kajian Sosio Ekonomi (SERC) mengunjurkan ekonomi Malaysia bakal mencecah 5 peratus tahun ini sejajar dengan peningkatan eksport, penggunaan dan pelaburan swasta.

Pengarah Eksekutif SERC, Lee Heng Guie berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan perkembangan kukuh sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2017 didukung oleh peningkatan permintaan domestik dan eksport yang lebih tinggi.

“Ini menjadikannya suku yang paling kukuh dalam tempoh hampir dua tahun sejak suku kedua 2015.

“Bagaimanapun, apa yang penting adalah apakah prestasi kukuh KDNK pada suku pertama akan berterusan pada suku-suku seterusnya,” katanya semasa taklimat media di sini.

Menurut Heng Guie, pertumbuhan adalah bersandarkan asas yang lebih luas dengan disokong oleh permintaan domestik terutamanya perbelanjaan sektor swasta dan pengukuhan permintaan luar.

Dalam pada itu, SERC meramalkan Bank Negara akan mengekalkan kadar asas semalaman (OPR) pada tiga peratus tahun ini. – MalaysiaGazette