Home Sukan Ronaldo bercuti bersama anak kembar

Ronaldo bercuti bersama anak kembar

Foto Instagram Cristiano Ronaldo

LONDON – Cristiano Ronaldo berkongsi gambar di laman sosial menunjukkan bintang dunia itu bersama anak lelakinya, Cristiano Ronaldo Jr memperkenalkan pasangan anak kembarnya.

Gambar tersebut dimuat naik di Instagram miliknya semalam ketika mereka bercuti bersama.

Ronaldo sebelum ini mengesahkan bahawa beliau kini adalah bapa kepada pasangan kembar yang dilahirkan seorang ibu tumpang selepas Portugal tersingkir dari Piala Konfederasi.

Gambar itu menerima pelbagai reaksi daripada sebahagian 106 juta pengikut pemain berusia 32 tahun itu di laman sosial yang memperlihatkan beliau bersama anak lelakinya memeluk kembar yang dipercayai bernama Mateo dan Eva.

Gambar tersebut juga memperlihatkan kegembiraan Ronaldo bergelar bapa kepada Ronaldo Jr dan pasangan kembar itu. – MalaysiaGazette