Home Politik Syed Saddiq taraf ‘JKKK kampung’ sahaja – Armand

Syed Saddiq taraf ‘JKKK kampung’ sahaja – Armand

Datuk Armand Azha Abu Hanifah
Datuk Armand Azha Abu Hanifah

KUALA LUMPUR – Berikutan krisis yang berpanjangan dalam PPBM yang melibatkan ketua sayap parti itu, seseorang yang lebih layak perlu menggantikan Syed Saddiq Abdul Rahman untuk mengetuai Armada PPBM.

Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah, kegagalan Syed Saddiq ‘mengawal’ beberapa orang exco Armada serta perbalahannya dengan Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Othman jelas menunjukkan kegagalannya.

“Tentang parti politik bunga (PPBM) yang semakin berkecamuk terutama perbalahan yang berlaku antara Hamidah dan ketua Armada mereka, secara jelas tidak ada kesepakatan.

“Saya mewakili exco Pemuda UMNO melihat Syed Saddiq tidak layak kerana beliau gagal menjaga tiga exco beliau, gagal mengawal mereka, bermakna beliau tidak dihormati,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tambah Armadn, cara berpolitik yang sedang dipraktikkan oleh Syed Saddiq tidak ubah seperti seorang pemimpin di peringkat kampung.

Antara individu yang lebih layak menggantikan tempat Syed Saddiq menurut Armand adalah, anak didik kepada Hamidah iaitu Herman Hassan yang juga bakal menjadi batu loncatan untuk Hamidah mendapat jawatan lebih besar dalam parti.

“Bagi saya, level Syed Saddiq ini JKKK kampung saja, atau pun persatuan belia kampung. Jadi, kerana itu Armada perlu pilih kepimpinan baharu.

“Sudah sampai masa Kak Midah mencadangkan Herman menjadi calon untuk menggantikan Syed Saddiq pada pemilihan akan datang,” katanya ketika ditemui MlaysiaGazette di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MARA di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette