Home Seni Hidup Zamarul kembali berlakon demi Blok 404

Zamarul kembali berlakon demi Blok 404

Zamarul Hisyam kembali berlakon filem dalam Blok 404.

KUALA LUMPUR – Aktor prolifik, Zamarul Hisyam bakal kembali berlakon di layar perak semata-semata demi filem Blok 404.

Zamarul, 46, berkata, jika mengikut faktor usia, beliau sudah tidak mampu lagi kerana cepat letih berikutan faktor dan waktu penggambaran serta aksi lasak dalam filem tersebut.

Namun suami kepada pelakon Diana Rafar itu mengakui rasa dihargai apabila penerbit filem itu, Datuk Boy Iman bersungguh-sungguh menawarkan watak buat kepadanya.

“Saya rasa dihargai apabila mendapat tawaran daripada Boy Iman apabila dia menunjukkan kesungguhan untuk menghasilkan filem tersebut.

“Kalau ikut faktor umur ini, saya berasa tidak mampu untuk berlakon dalam filem ini. Maklum sajalah di usia sebegini rasa cepat letih tambahan ia melibatkan babak berlawan dan penggambarannya pula di waktu malam.

“Namun Boy bersungguh-sungguh hendak buat filem ini dan katanya, filem itu ibarat reunion buat pelakon asal telefilem, Blok 404,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Telefilem Blok 404 yang diedarkan dalam bentuk video cakera padat (VCD) pernah mencetuskan fenomena 16 tahun lalu.

Ini kerana penangan Blok 404 ketika itu cukup luar biasa kerana walaupun jualan VCD melebihi 500,000 unit.

Itu belum lagi dikira penjualan VCD secara haram yang dikatakan turut meraih angka jualan yang sama.

Justeru bagi mengembalikan fenomena itu, filem Blok 404 yang diangkat daripada telefilem itu telah tamat penggambarannya pada 22 Jun lalu.

Masih mengekalkan pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey, Datuk Boy Iman dan Nabila Huda, filem arahan Azma Aizal Yusoof itu turut menampilkan beberapa wajah baharu seperti Fasha Sandha, Nadia Brian, Kamal Adli, Risteena Munim dan Amar Ashraf.

Bagaimanapun versi filem tidak mempunyai kaitan dengan telefilem berkenaan kerana sebuah cerita baharu dan bukan kesinambungan kepada kisah lama.

Dalam pada itu, Zamarul menambah, wataknya kali ini lebih mencabar kerana beliau bertukar pelbagai karakter dalam satu masa.

Jelasnya ini kerana, adalah  sukar untuk membawakan dua atau tiga karakter dalam satu masa tetapi ia dapat diatasi kerana sudah tahun jalan cerita filem itu.

“Satu lagi faktor yang buat saya sukar untuk tolak kerana s pengarahnya Isma. Pada saya dia seorang pengarah muda yang penuh dengan idea-idea baru dan menarik.

“Saya seronok dapat bekerjasama dengan dia untuk filem ini,” katanya yang memengang watak sebagai Hussein.

Zamarul memberitahu, dia mendapat banyak respon positif daripada peminat juga rakan-rakan artis apabila mengetahui pembikinan filem ini.

“Apabila muat naik di media sosial mengenai filem ini, tidak sangka pula ramai yang memberi respon mereka sudah tidak sabar lagi untuk menantikan tayangannya.

“Ini bermkana sudah ada dua generasi penonton sekarang, penonton yang pernah menonton Blok 404 yang dulu dan generasi sekarang,” katanya tersenyum

Blok 404 dijangka akan ditayangkan di pawagam sekitar Disember 2017. – MalaysiaGazette