Home Nasional Aibkan poster gadis Shell hina kaum wanita – Najib

Aibkan poster gadis Shell hina kaum wanita – Najib

Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Insiden yang mengaibkan poster gadis iklan Shell yang menjadi tular di laman sosial baru-baru ini merupakan penghinaan kepada golongan wanita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kesal dengan kejadian itu berkata, tindakan individu yang terlibat adalah sangat mengecewakan, memalukan dan bertentangan dengan budaya peradaban masyarakat kita.

“Ia merupakan satu penghinaan dan kurangnya rasa hormat segelintir pihak terhadap wanita, berhentilah melakukan wanita sebagai objek, kita bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa buat kaum tersebut.

“Walaupun ada yang berniat untuk berjenaka, saya mahukan kita semua lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat, jika ia terjadi kepada ahli keluarga sendiri, apa perasaan kita?” katanya menerusi tulisan terbaru di blog miliknya.

Najib berkata, beliau mengharapkan agar rakyat Malaysia kembali berpegang kepada prinsip rukun negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

“Budaya hormat-menghormati merupakan elemen penting untuk kita hidup bersama secara aman dan damai.

“Islam juga mengajar kita untuk menghormati wanita malah meletakkan mereka di kedudukan yang tinggi,” katanya – MalaysiaGazette