LOS ANGELES – Bakal pemain Manchester United, Lukaku ditahan polis gara-gara membuat bising pada 2 Julai lalu.
Jabatan Polis Beverly Hills dalam satu kenyataan berkata, pemain itu ditahan di rumah dekat Beverly Hills berikutan beberapa rungutan mengenai keadaan bising di rumah berkenaan.
Kenyataan itu berkata, Lukaku dibebaskan selepas didakwa.
Penyerang Everton berusia 24 tahun itu diarahkan hadir diri di Los Angeles pada 2 Oktober depan.
Sebelum ini, Lukaku yang sedang bercuti bersama Paul Pogba dilaporkan telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Los Angeles sebelum disahkan manjadi pemain United. – MalaysiaGazette