Home Dunia Kuwait, Jordan benar bawa komputer riba dalam pesawat

Kuwait, Jordan benar bawa komputer riba dalam pesawat

KUWAIT – Kuwait Airways dan Royal Jordanian telah menjadi syarikat penerbangan Timur Tengah yang terkini membenarkan para penumpang membawa komputer riba dalam kabin di penerbangan ke Amerika Syarikat.

Kedua-dua syarikat penerbangan itu berkata, mereka telah bekerjasama dengan pegawai Amerika Syarikat untuk mengetatkan pemeriksaan keselamatan penerbangan dari Kuwait dan Jordan.

Amerika Syarikat mengenakan larangan membawa alat peranti dalam pesawat pada bulan Mac bagi mengelak bom disembunyikan dalam alatan itu.

Etihad, Turkish Airlines, Emirates dan Qatar Airways telah dikecualikan daripada larangan tersebut pada minggu lalu.

Royal Jordanian terbang ke tiga buah bandar Amerika Syarikat dari Amman membatalkan larangan penerbangan itu selepas pendekatan keselamatan baharu diperkenalkan, kata Stefan Pichler, presiden syarikat penerbangan itu.

Kuwait Airways yang terbang dari Kuwait ke New York melalui Ireland pula berkata, larangan telah dimansuhkan selepas Amerika Syarikat memeriksa pendekatan keselamatan dalam syarikat penerbangan itu.

Syarikat-syarikat penerbangand di Morocco, Mesir dan Arab Saudi masih belum memansuhkan larangan itu.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan utama Arab Saudi berkata, para penumpang boleh membawa alat peranti mulai 19 Julai ini. – MalaysiaGazette