Home Nasional Mufti nasihatkan pencabul iklan Shell supaya bertaubat

Mufti nasihatkan pencabul iklan Shell supaya bertaubat

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad manasihatkan pencabul gambar model Shell supaya bertaubat dan menjadi seorang Islam yang baik.

“Kami menasihatkan beberapa individu yang telah berbuat demikian terhadap standee wanita tersebut, wajar bertaubat dan menjadi Muslim yang baik.”

“Mempamerkan akhlak yang mulia dan unggul merupakan keindahan dan nilai yang tinggi dalam masyarakat.

“Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dan haiwan liar. Berbudi bukan satu hal yang boleh dibuat-buat,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli turut memuji tindakan Shell yang menarik balik papan iklan tersebut kerana mampu mengelakkan daripada perbuatan fitnah.

“Kami melihat usaha Shell menarik balik standee berkenaan wajar dipuji kerana ia menutup pintu-pintu fitnah dalam masyarakat.” – MalaysiaGazette