Home Utama Kertas siasatan kematian Mohamad Thaqif tidak ditutup

Kertas siasatan kematian Mohamad Thaqif tidak ditutup

Azman Ayob

JOHOR BAHRU – Kertas siasatan berhubung kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia pada 26 April lalu didapati berpunca daripada jangkitan kencing tikus tidak ditutup.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, siasatan berhubung kes tersebut akan diteruskan dan pihaknya akan menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan tidak ditutup dan kita akan minta nasihat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita ketika ditanya berhubung perkembangan kes tersebut.

Mohamad Thaqif yang meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada 22 April lalu disahkan mengidap penyalit kencing tikus (Leptospirosis).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berdasarkan laporan bedah siasat menerusi sampel tisu dan darah Allahyarham yang diambil pada hari sama pelajar itu meninggal dunia.

Menurutnya, akibat jangkitan itu berlaku perubahan warna kulit dan kegagalan organ untuk berfungsi. – MalaysiaGazette.