PUTRAJAYA – Kira-kira 5,000 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini diraikan dalam satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini.
Majlis tersebut yang turut meraikan jabatan dan agensi di bawah JPM dihadiri bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sambutan diserikan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.
Sebanyak 12 gerai makanan yang menyediakan pelbagai menu disediakan selain pertandingan gerai terbaik, pertandingan JPM Idol serta persembahan artis jemputan. – MalaysiaGazette