LONDON – Sebuah bongkah ais gergasi yang mempunyai berat lebih daripada satu trilion telah retak dan terpisah dari Antartika Barat, menurut pasukan penyelidikan yang berpangkalan di United Kingdom.
Para saintis dari Projek MIDAS telah memantau retakan itu di stesen Larsen C – yang keempat terbesar di Antartika – berikutan runtuhnya rak ais Larsen A pada tahun 1995 dan telah memerhatikan kemajuan yang ketara keretakan itu sejak 12 bulan lalu.
Pakar-pakar mengatakan seksyen Larsen C seluas 5,800 kilometer persegi (2,239 kilometer persegi) disahkan telah retak antara hari Isnin dan Rabu oleh satelit MODIS Aqua NASA.
“Kami terlibat dalam kejadian ini selama berbulan-bulan dan terkejut dengan tempoh masa yang diambil untuk berpisah beberapa kilometer terakhir daripada ais,” kata Profesor Adrian Luckman dari Swansea University, penyelidik utama projek MIDAS dalam satu kenyataan.
Beliau memberitahu, pasukannya percaya bongkah ais masih utuh sambil menambah, ia adalah sebahagian daripada tingkah laku normal rak ais.
Apa yang membuat itu luar biasa adalah saiz, katanya.
Para saintis percaya bongkah ais – yang mungkin dinamakan A68 – mempunyai saiz dua kali ganda daripada Lake Erie di Amerika Utara dan lebih daripada tiga kali lebih besar dari saiz kota London.
Ia adalah separuh saiz bongkah ais terbesar yang pernah dirakam B15. Dengan seluas 11,007 kilometer persegi (4,250 batu persegi) – kira-kira saiz Connecticut atau Pulau Jamaica – ia menjadi serpihan daripada rak ais Ross di Antartika pada bulan Mac 2000.
Dengan kawasan ais kini terapung secara bebas, kawasan Larsen C telah dikurangkan lebih daripada 12 peratus selari dengan perubahan landskap semenanjung, menurut pakar.
Luckman berkata, apabila lembaran ais terapung sebelum ia menjadi serpihan “tidak akan ada kesan segera.”
“Kejadian ini tidak memberi kesan langsung kepada sesiapa dan kesannya, jika ada, tidak akan dirasai selama bertahun-tahun. Namun, ia adalah peristiwa geografi yang hebat dan telah berubah landskap,” tambahnya. – MalaysiaGazette