Home Ekonomi China pacu kenaikan harga minyak

China pacu kenaikan harga minyak

Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak dunia naik 1.5 peratus disokong oleh permintaan kukuh dari China.

Brent naik AS$0.70 sen kepada AS$ 48.44 setong dan minyak mentah Amerika Syarikat meningkat sebanyak AS$0.70 kepada AS$46.19.

“Pasaran sedang berusaha untuk stabil,” kata Gene McGillian, pengurus penyelidikan pasaran di Tradition Energy di Stamford, Connecticut.

Harga minyak itu memberi maklum balas minimal terhadap inventori minyak mentah Amerika Syarikat yang turun paling banyak dalam tempoh 10 bulan.

Harga minyak turun pada beberapa minggu sebelum ini sehingga menghilangkan kepercayaan pelabur terhadap perjanjian OPEC dan bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran, sementara pengeluaran minyak syal Amerika Syarikat pula meningkat dengan ketara.

Tetapi ada bukti bahawa permintaan minyak dunia semakin meningkat, terutamanya di Amerika Syarikat dan China, dua pengguna minyak terbesar di dunia.

China mengimport 8.55 juta tong minyak sehari pada separuh pertama tahun ini, naik 13.8 peratus pada tempoh yang sama pada 2016, menjadikannya pengimport minyak mentah terbesar di dunia mengatasi Amerika Syarikat.

“Kami begitu pasti dengan pertumbuhan permintaan yang kukuh (di China),” kata Neil Beveridge, penganalisis minyak kanan Sanford C. Bernstein.

Peningkatan bekalan minyak membantu lebihan bahan api global tetapi menyeimbangkan semula pasaran mengambil masa. – MalaysiaGazette