Home Nasional Dua kanak-kanak lima tahun ditemukan terapung, seorang lemas

Dua kanak-kanak lima tahun ditemukan terapung, seorang lemas

Gambar hiasan
KUALA NERANG – Dua kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia lima tahun ditemukan terapung di sebuah kolam terbiar di Kampung Sena, dekat sini petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap ASP Amran@Mohammad Zaki Omar berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 6.50 petang tadi berkenaan penemuan dua kanak-kanak tersebut, dengan seorang daripadanya iaitu kanak-kanak perempuan terbabit sudah meninggal dunia.

“Kedua-dua kanak-kanak terbabit ditemukan dalam keadaan terapung di sebuah kolam. Kanak-kanak perempuan itu dibawa ke Hospital Kuala Nerang dan disahkan meninggal dunia.

Manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal,”katanya ketika dihubungi Bernama.

Polis katanya masih lagi menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan cerita yang belum disahkan faktanya.

–BERNAMA