Home Dunia Serpihan dipercayai milik pesawat MH370 ditemui di Seychelles

Serpihan dipercayai milik pesawat MH370 ditemui di Seychelles

VICTORIA – Dua serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dengan 239 penumpang, termasuk anak kapal, yang dilaporkan hilang pada 2014 dilaporkan ditemui di Seychelles.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Seychelles (SCAA) berkata, para saintis yang mengkaji burng dan penyu menjumpai serpihan itu terdampar di Farqhar, salah sebuah pulau di negara Lautan Hindi itu.

“Arus ombak laut memungkinkan ia (serpihan) datang dari beberapa arah di mana serpihan lain (MH370) dijumpai di negara-negara lain di Lautan Hindi,” kata seorang pegawai kanan SCAA yang tidak mahu dikenali kepada Reuters.

Jurucakap agensi yang menguruskan semua pulau di Seychelles, Michael Payet berkata, serpihan terbesar berukuran 120 sentimeter (sm) panjang dan 30 sm lebar dan ia kelihatan diperbuat daripada aluminium dan gentian karbon.

“Ia mungkin bahagian penutup enjin,” katanya.

SCAA sedang berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia, “yang menunjukkan minat dan mereka yang akan berkerjasama,” kata kenyataan pihak berkuasa penerbangan.

Beberapa serpihan pesawat Boeing, B777 menjelma dalam tempoh tiga tahun pencarian sejak ia hilang pada Mac 2014, tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menju ke Beijing. – MalaysiaGazette