KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh mengesan masalah kesihatan berkaitan penyakit jantung dan serangan penyakit lain dalam tempoh 40 saat hanya dengan menggunakan gelang kesihatan dikenali, Helo.
Pada masa sama, produk menggunakan teknologi Amerika Syarikat itu juga mampu memeriksa kadar pernafasan, tekanan darah dan pemeriksaan elektrokardiogram (ECG) yang secara umum menjadi rujukan berguna dalam mengenal pasti keadaan ketidaktentuan jantung daripada pelbagai sudut yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit kritikal.
Fungsi lain Helo adalah memeriksa kadar tidur yang berkualiti, perasaan, pengiraan langkah, memeriksa jumlah lemak di dalam badan selain butang kecemasan untuk dikesan sekiranya pemakai menghadapi masalah di lokasi yang tidak mempunnyai bantuan.
Lebih menarik, gelang ini turut berkemampuan memantau kesihatan individu yang berada beribu-ribu batu jauhnya dengan menggunakan isyarat sistem penentududukan global (GPS) dipancarkan melalui alat itu ke telefon pintar yang dipadankan dengannya.
Wakil pengedar tunggal produk keluaran World Global Network, Fadli Ibrahim berkata, alat pemantau kesihatan itu yang sudah pun memasuki pasaran 15 buah negara kini menyasarkan pengguna di Malaysia bermula bulan ini.
“Walaupun sudah terdapat peralatan seumpamanya di pasaran, Helo berbeza kerana mempunyai lebih banyak fungsi utama berkaitan kesihatan dan rumusan pemeriksaan akan disimpan di dalam log aplikasi Heka atau Helo yang dimuat turun menerusi iOS atau Playstore bagi pengguna Apple dan Android.
“Setiap telefon mampu disambungkan kepada tiga Helo yang dihubungkan menggunakan GPS membolehkan pengguna mengetahui tahap kesihatan pemakainya pada bila-bila masa diperlukan dengan tetapan kekerapan pemeriksaan setiap dua jam,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut Fadli berkata, Helo boleh diibaratkan sebagai seperti ‘jururawat peribadi’ yang akan memberi laporan kesihatan pengguna setiap dua jam sekali dan mengambil masa hanya selama 40 saat untuk mengesan sebarang masalah kesihatan.
“Contohnya sekiranya degupan jantung atau kadar pernafasan si pemakai menunjukkan bacaan tidak normal selama beberapa kali pemeriksaan, ia akan menghantar pesanan melalui emel supaya segera merujuk kepada doktor.
“Dalam keadaan gaya hidup masyarakat bandar yang semakin sibuk hari ini, Helo mungkin dapat membantu mengurangkan risiko penyakit yang menyebabkan kematian secara tiba-tiba seperti jantung dan sebagainya kerana dapat mengesan masalah kesihatan sebelum mencapai tahap kronik,” katanya.
Katanya, buat permulaan, World Global Network menyasarkan sebanyak 30,000 unit Helo mampu dijual menjelang akhir tahun ini sebelum perasmian pelancarannya dibuat September ini.
Gelang kesihatan itu didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu biru, merah jambu, ungu, coklat dan hitam. Ia dijual pada harga US$319 (RM1,371) setiap satu atau pek keluarga US$749 (RM3.219) untuk dua Helo dan US$1,349 (RM5,798) untuk lima Helo.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Helo dan membuat tempahan secara dalam talian boleh mengunjungi laman web www.worldgn.com atau menghubungi pengedar tunggal Helo di Malaysia di talian 01125750751. – MalaysiaGazette