Home Dunia Berpakaian perempuan 20 tahun untuk pulihkan ibu

Berpakaian perempuan 20 tahun untuk pulihkan ibu

Lelaki yang berpakaian wanita selama 20 tahun demi merawat ibu yang sakit mental. foto BBC

GUILIN – Seorang lelaki berusia lingkungan 50 tahun terpaksa berpakaian wanita selama 20 tahun untuk membantu pemulihan ibunya yang sakit mental selepas kematian kakak beliau.

Kisah lelaki itu menarik perhatian selepas video mengenainya tular di media sosial di China.

Video mengenai lelaki yang tidak dinamakan itu telah ditonton lebih daripada 4.2 juta di Weibo sahaja dan juga dikongsi oleh portal berita utama.

Video itu menunjukkan lelaki yang berasal dari Guilin di wilayah Guangxi, bersama ibunya yang sakit sambil memakai pakaian tradisional cheongsam.

Lelaki itu memberitahu, dia mula berpakaian wanita selepas ibunya mula menunjukkan sakit mental.

Bagi memujuk ibunya, lelaki itu memberitahu bahawa kakaknya akan balik semula.

“Saya begini sejak dari itu. Ibu sangat gembira dan saya terus begini. Saya juga tidak mempunyai pakaian wanita,” katanya.

Video itu juga memaparkan ibunya yang berkata:” Ini anak perempuan saya. Selepas anak perempuan saya meninggal dia (lelaki itu) menjadi anak perempuan saya.

Lelaki itu berkata, dia tidak kisah apa pandangan orang lain terhadapnya kerana apa yang dilakukan adalah demi ibunya. – MalaysiaGazette