PUTRAJAYA – Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar membidas dakwaan Menteri Besar Selangor yang mendakwa UMNO ‘merampas’ program pelancaran Transit Aliran Massa (MRT).
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menegaskan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali jelas cuba mengelirukan rakyat apabila mengaitkan tugas menteri dengan agenda politik.
“Azmin ini dia yang lebih banyak politik. Dia tidak tahu membezakan diantara kapasiti ahli politik dan anggota Kabinet.
“Kalau saya hadir (dalam perasmian MRT), dia tengok sebagai apa? Kalau dia tengok sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, bermakna persepsi dia salah.
“Saya turun sebagai menteri. Lagi pun ramai rakyat yang turun (ke perasmian MRT Kajang) bukan semuanya ahli UMNO.
“Program itu adalah program kerajaan, siapa kata itu program UMNO? Satu bendera dan lambang UMNO pun tak ada. Bagaimana dia kat kita nak rampas?” ujarnya kepada Malaysia Gazette ketika ditemui disini hari ini.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR semalam secara jelas mendakwa UMNO ‘merampas’ pelancaran projek MRT dengan menjadikan program itu program parti.
“Maklumat yang kita dapat UMNO cuba merampas program MRT untuk dijadikan program UMNO. Kita tidak benarkan program dan projek kerajaan (Persekutuan) bertukar menjadi program parti,” katanya Mohamed Azmin.
Mengulas lanjut, Noh sebaliknya mendakwa mempunyai bukti arahan kerajaan Selangor kepada kakitangan awamnya supaya jangan hadir ke program perasmian MRT.
“Saya ada bukti yang menyatakan bahawa ada arahan kakitangan kerajaan negeri Selangor tidak boleh datang (perasmian MRT) dengan harapan supaya program itu gagal kerana dia tahu kita nak kumpul 20,000 pada masa itu,” katanya.
Noh sebelum ini mendakwa memperoleh bukti bahawa kerajaan Selangor melarang kakitangan awamnya hadir ke majlis pelancaran projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Isnin. -MalaysiaGazette.
moyang aku dgn atuk aku mati masa tentang komunis dulu..celaka punya manusia..kau boleh bawak balik komunis masuk malaysia..memang pengkhianat negara