KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd., menjual satu blok saham dalam CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB) pada harga RM571 juta- RM581 juta (AS$133.22 juta- AS$135.56 juta), lapor sebuah penerbitan milik Thomson Reuters, IFR.
Harga saham untuk jualan tersebut adalah pada RM6.31 – RM6.42 sesaham.
Kira-kira 90.5 juta saham atau satu peratus daripada modal saham telah dijual di dalam blok berkenaan.
Khazanah yang memiliki 29.1 peratus pegangan dalam CIMB, mempunyai masa selama 60 hari untuk “lock up”.
Sayap pelaburan negara itu bagaimanapun enggan memberi komen manakala CIMB tidak memberi maklum balas berhubung perkara tersebut.
Menurut IFR, CIMB dan JP Morgan adalah penerima tempahan bersama bagi urusniaga tersebut.- MalaysiaGazette